BILAKAN WAKTU PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI?
Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan
tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan
agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi
memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada
masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient
pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin,
sebagai panduan buat semua: VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil
bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk
memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan
berlemak/berminyak. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman
bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman
untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2
vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E
kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. Mengambil supplement zat besi
(Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan
kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea.
Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan
gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. Pengambilan vitamin disarankan pada
waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral
dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang
berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia
disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil
bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency
penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda
mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau
bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.
Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin
pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :
Selepas
sarapan pagi : B complex dan zinc
In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan
bersama ESP
Selepas
makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea
In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman
bancuhan bersama ESP
Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)
Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :
Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin
dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu
selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.
vit
C boleh ambik malam
0 comments:
Post a Comment