Monday 23 September 2013

PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT/VITAMIN

PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT/VITAMIN

Ubat

Kebanyakan ubat adalah dari jenis2 dadah (drug) yang digunakan untuk mengubat sesuatu penyakit. Contohnya paracetamol adalah untuk menurunkan suhu badan. Ubat kita ambil bila kita sakit SAHAJA. Kalau kita ambil ubat semasa tak sakit, itu namanya cari penyakit. Penyalahgunaan ubatan ini boleh membawa kemudaratan, contohnya ubat batuk boleh menghasilkan kesan khayal.

Ubat BUKAN vitamin. Ubat adalah untuk RAWATAN, bukan pencegahan. Tidak boleh samakan ubat dengan vitamin, kerana dalam makanan harian kita seperti buah oren mengandungi vitamin C tapi tak ada paracetamol di dalamnya.

Supplement/Vitamin

Vitamin yang terdapat dalam makanan kini boleh didapati dalam bentuk pil, serbuk dan cecair. Vitamin bertindak secara lembut dalam tubuh badan kita dan membentuk satu sistem imun yang kuat bagi melawan serangan penyakit. Ianya lambat bertindak berbanding ubat kerana bertindak secara perlahan-lahan namun menjanjikan kesihatan jangka panjang sedangkan ubat cepat meredakan sakit namun hanya untuk jangka pendek.
SUPPLEMENT BUKANLAH PENYEMBUH TETAPI IA MEMBANTU MENINGKATKAN KETAHANAN BADAN (IMUNE SYSTEM) BERBANDING PENGAMBILAN UBAT YANG PADA PANGHUJUNGNYA AKAN MENGAKIBATKAN BADAN KITA SEMAKIN LEMAH MELAWAN PENYAKIT.
Jadi, saya berpendapat, apabila sakit kita harus berjumpa doktor, ambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor. Dalam masa yang sama, ambil supplement untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Lagi lama kita sakit, lagi banyak drugs/ubat yang masuk ke dalam badan. Cepat-cepat sembuh supaya kita terselamat daripada ubat yang bertindak ganas dalam badan kita. Kemudian, teruskan dengan supplement bagi membuang racun kesan dari ubat-ubatan itu. Nikmati gaya hidup sihat hanya dengan bahan-bahan semulajadi.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SUPPLEMENT

Supplement atau vitamin bermula dengan pembuatan vitamin secara sintetik, kemudian vitamin natural (vitamin semulajadi) menyusul, diikuti dengan pemakanan asli dari sumber2 organik dan sebagainya. Sejak berdekad lalu, kepentingan vitamin telah mula menembusi pengetahan masyarakat dunia. Umum mengetahui kekurangan vitamin boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan komplikasi terutama kepada wanita hamil.
Vitamin dan mineral adalah penting dalam mencetus dan melestarikan proses biokimia dalam tubuh kita bagi memastikan kesihatan sentiasa terjaga.
Walau bagaimanapun, supplement bukan pengganti makanan, jadi pemakanan yang sihat dan seimbang tetap diutamakan walau sebagus manapun supplement yang kita ambil.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement:

Bila saya akan merasai kesannya?

Sekiranya anda mengambil supplement sebagai merawat atau mengatasi masalah2 tertentu, berikan masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat perubahan. Misalnya sekiranya anda mengidap elergi. Kesan pengambilan supplement bukan serta-merta seperti anda mengambil ubat (ubat biasanya berasaskan dadah yang bertindak segera). Supplement bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan anda.

Bila keadaan atau waktu yang sesuai untuk ambil supplement?

Supplement bukan ubat yang kita ambil semasa sakit atau keadaan tertentu. Umpama menjaga sebuah kereta, kita menjaganya dari mula agar tidak berlaku kerosakan yang menelan belanja besar dan menyusahkan kita. Begitu juga dengan supplement. Pengambilan supplement terutama anti-oksidan adalan untuk menjaga tubuh badan kita dari terkena penyakit kronik yang semestinya menelan belanja yang besar untuk rawatan.

Bolehkah saya kekal sihat dengan supplement sahaja?

Ingatlah, supplement bukan pil ajaib. Kita tetap memerlukan makanan seimbang, bersenam, pengawalan diri dari tekanan, jauhi habit yang tidak baik dan rehat yang cukup untuk kekal sihat. Supplement adalah pelengkap dan penyokong kepada amalan gaya hidup sihat yang kita amalkan dan meningkatkan imuniti.

Siapakah yang patut saya jumpa untuk dapatkan nasihat tentang supplement?

Berjumpalah dengan pengedar produk yang mahir tentang supplement, nutritionist, ahli farmasi, doktor atau yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang nutrisi (Ingat, bidang nutrisi dan medikal adalah sangat berbeza!). Jauhkan nasihat dari mereka yang tidak tahu apa-apa tentang supplement, atau penjual yang sekadar mahu untung menjual tanpa sebarang ilmu tentang supplement, atau mereka yang tidak pro-supplement.

Satu botol supplement ada beratus biji pil, adakah ia akan kekal elok?

Vitamin natural boleh bertahan selama lebih setahun selepas dibuka, atau apabila ia melepasi tarikh luput (yang mana tiba dahulu). Simpan vitamin di tempat sejuk dan gelap, seperti dalam laci atau almari kerana membiarkannya terdedah kepada udara, kepanasan dan cahaya matahari boleh merosakkannya.
Pengetahuan tentang supplement adalah penting, tatkala anda mengambilnya, kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan kesihatan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi.

Tiada Kesan Lepas Ambil Supplement?
Tiada Kesan Lepas Ambil Supplement?
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka
cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.
Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.






0 comments:

Post a Comment