Saturday 7 September 2013

isu halal shaklee

ISU SHAKLEE HALAL 


 benarkah ekstrak babi ?????

Soalan 1 :
Assalamualaikum,,Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasih
Ainul- Amar Dhiya 

Soalan 2:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.
Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasih
Cikgu Umi Kalsom.———————————————————————’

JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentangstatus halal haram dan bahan-bahan yang meragukandi dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanyaProduk Soy Lecithin – Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbulapabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blogbeliau tentang sumber gelatin di dalam ProdukSoy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripadacampuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasihdi atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang statushalal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.
 Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas emailbeliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yangdigunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campurangelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithintidak dijamin bebas kandungan babi”.
 Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orangpengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat ShakleeMalaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysiadihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halaldaripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan FarmaseutikalKebangsaan (BPFK).
 Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkanproduk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyaipersijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untukmengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terusmengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklahProduk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
 Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekaldi Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakanpengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untukproduk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yangdiiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
 Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untukmengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
 P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkanoleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yangmengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layariwww.halalscience.com 
Terima kasih.
Abd Rahman BacoPenulishalalscience.com



0 comments:

Post a Comment