Thursday 19 September 2013

Pantang Larang ketika Berpantang

 Pantang Larang ketika Berpantang

 1. Ibu jari kaki tidak boleh terantuk
 Elakkan ibu jari dari terantuk kerana boleh menyebabkan seseorang ibu itu pitam atau bentan jika dia seorang yang lemah. Bahagian luka jahit bagi yang bersalin normal juga kebarangkalian boleh terbuka semula.

2. Dilarang tidur tak berbantal
Ibu-ibu mungkin akan mengalami sakit kepala, darah kotor sukar untuk keluar dan angin mudah naik ke kepala yang mana boleh menyebabkan angin meroyan bagi ibu yang masih lemah.

3. Memakai stokin
Untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Penting untuk kesihatan, jika tidak pakai dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan ketika berpantang.

4. Jangan duduk mencangkung
Dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan rahim/peranakan yang masih lemah boleh terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

5. Mandi duduk dibangku
Seeloknya duduk dibangku. Kerana ibu selepas bersalin mempunyai badan yang sangat lemah.

6. Jangan terlalu aktif
Ibu selepas bersalin hendaklah berehat dan duduk diam di tempat tidur selama tempoh seminggu, ianya elok untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Berjalan biar la perlahan-lahan langkahnya untuk menjaga luka bersalin agar cepat sembuh.

7. Rapatkan kaki ketika tidur
Boleh membantu peranakan sembuh dengan cepat. Aku acap kali tidur terkangkang, tidur mati punya pasal, mak aku yang banyak tolong betulkan kaki ketika tidur, hehe

8. Jangan tidur di waktu matahari naik
Tidak dibenarkan tidur ketika waktu ini kerana boleh menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
Kadang-kadang aku terlajak tidur juga, hehe

9. Jangan tidur waktu senja
Dilarang tidur di waktu senja kerana dimasa ini syaitan banyak berkeliaran dan mungkin ibu mudah diganggu dan boleh menyebabkan gila/meroyan

10. Jangan membaca dan menjahit
Fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. Tapi zaman sekarang dalam  berpantang pun boleh duk mengadap laptop/tab…



0 comments:

Post a Comment