Sunday 29 September 2013

VIVIX - Tonik ajaib untuk penyakit kritikal

Tahukah anda yang penyakit-penyakit berikut disebabkan masalah penuaan?
Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.

Bagaimana VIVIX bertindak?
Badan kita berhadapan dengan 4 mekanisma penuaan selular.

1. Kemusnahan DNA
Setiap sel di dalam badan kita sentiasa diserang oleh berjuta-juta anasir pemusnah DNA yang boleh membahayakan data asas untuk sel genetik. Ia juga akan menghasilkan “typo” yang mengganggu fungsi-fungsi sel serta ketahanan.

Kandungan VIVIX membantu untuk memelihara dan membaikpulih sel DNA selular.

2. Pengawalan genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan selular penuaan dengan mengawal keseimbangan dinamik di antara kadar kemusnahan dan pembaikpulih. Ini termasuk sel hidup atau mati.

Kandungan VIVIX memberikan kesan positif kepada penyusunan genetik yang melambatkan proses penuaan selular.

3. Kemerosotan pengeluaran tenaga selular
Mitokondria di dalam sel kita menghasilkan tenaga yang kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Apabila keberkesanan mitokondria berkurang maka fungsi sel juga akan menjadi lemah.

Kandungan Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria.

4. Pengumpulan Protein AGE
Pengumpulan Advanced Glycation End Products (AGE) Protein yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan sel yang boleh menjejaskan integriti serta daya tahan sel.

Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.


Sumber : Diterjemah daripada Shaklee Flyers

Tidak mahukah anda merasai kehebatan VIVIX? Mychibibox menawarkan harga runtuh untuk VIVIX pada bulan Disember ini sahaja. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi kegembiraan bersama yang tersayang.


Peringatan : VIVIX tidak boleh diambil oleh ibu mengandung atau menyusu serta mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Namun, anda boleh gunakan sebagai masker *Wink Wink
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

TIPS PENYUSUAN: CARA MENGATASI SUSU MERUNDUM

TIPS PENYUSUAN: CARA MENGATASI SUSU MERUNDUM
Sebagai seorang ibu, tidak kira yang direct feeding atau ada yang biasanya simpan stok untuk bayi, biasanya dilakukan oleh ibu yang berkerjaya, sentiasa menitik beratkan kuantiti susu agar ia mencukupi untuk si bayi.. Jadi, saya nak kongsikan bersama anda, beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kembali kuantiti susu badan anda..mencurah-curah gitu..hehee..Lagipun, susu ibu adalah pilihan ibu yang bijak, untuk anak yang genius…..
1. Kerapkan menyusu atau mengepam
²           Penyusuan bayi pada waktu siang, sekurang2nya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi jika bayi tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi ingin menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu
Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ini kerana, pada waktu ini, hormon prolaktin banyak dihasilkan
2. Jangan tunggu payudara penuh
²           Sesetengah ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayi perlu disusukan.. Itu Silap.
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Maksudnya, sekiranya anda kerap menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara ‘kosong’), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan
3. Minum banyak air
²           Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan atau pemerahan susu. Adalah digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 3.1 liter air, kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi fikir susu
              ketika menyusu, belailah bayi.. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan, bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini dapat membantu merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu
Masa nak mengepam, boleh letakkan gambar bayi sambil berselawat & berzikir Ya Mattin
5. Berdisiplin
²           Memerah susu perlukan disiplin. Jangan ‘ponteng’ sesi pemerahan. Guna hari minggu bagi memerah untuk membuat stok. Boleh guna tip #6 dan #7
6. Tendum Pumping
              Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik
7. Teknik Marmet
²           Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi, selepas pump, jangan terus cuci corong. Buah perahan menggunakan tangan. Ia sangat membantu. Biasanya, kalau menggunakan pump, boleh dapat 3.5 oz sebelah payudara, buat marmet boleh menambah menjadi 4-4.5oz.. Walaupun nampak sedikit, tapi ada beza tu.
8. Menyusu/ Mengepam lebih lama.
²           Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang sebelah lagi. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi. Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, dimana perutnya sahaja yang penuh, tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya
Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/ memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar
Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau… tak percaya,
cuba buat.. konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan malam
                            Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul, dapat membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi, sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Untuk teknik urutan, anda boleh pelajari menerusi http://www.breastfeeding.com/
11. Pengambilan supplemen
dibolehkan… antaranya adalah ESP
Ini adalah supplemen yang saya ambil sekarang, untuk menyusu bayi saya, amalia izzati.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Untuk harga yang menarik dan pertanyaan boleh call/msj/whassap saya di 013 7196630……..ID SHAKLEE  961714

TIP: UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

*            TIP: UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik,
cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
u           Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
u           Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
u           Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
u           Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
u           Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
u           Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
u           Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
u           Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
u           Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
u           Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
u           Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.


SUSU makin kurang, anak menangis kelaparan, Ibu pula semakin tidak bertenaga. Runsingnye..apetah lagi bulan puasa bakal menjelma tidak lama lagi. Jangan risau, kami ada jalan penyelesaiannya.

SUSU makin kurang, anak menangis kelaparan, Ibu pula semakin tidak bertenaga. Runsingnye..apetah lagi bulan puasa bakal menjelma tidak lama lagi. Jangan risau, kami ada jalan penyelesaiannya.


Untuk harga yang menarik dan pertanyaan boleh call/msj/whassap saya di 013 7196630……..ID SHAKLEE  961714



Saluran Susu Tersumbat Dan Radang Payudara (Mastitis)

Saluran Susu Tersumbat Dan Radang Payudara (Mastitis)

Kadang-kadang susu boleh tersumbat pada sebahagian payudara. Inilah yang dikatakan saluran susu tersumbat.

- Jika susu yang tersumbat ini tidak dikeluarkan pada bahagian payudara tersebut, ia akan menyebabkan keradangan (inflammation) tisu payudara atau radang payudara tanpa jangkitan (non-infective mastitis). Pada peringkat awal tiada jangkitan bakteria berlaku pada payudara. Apabila payudara dijangkiti bakteria ia menjadi radang payudara dengan jangkitan (infective mastitis).

- Saluran susu tersumbat dan radang payudara boleh disebabkan oleh :

- Penyusuan yang tidak kerap Mungkin disebabkan oleh bayi tidak kerap terjaga dari tidur, terlepas pandang tanda-tanda bayi mahu menyusuatau ibu sangat sibuk.

- Susu tidak dikeluarkan dengan sebaiknya dari sebahagian payudara

- Tekanan pada sebahagian payudara disebabkan oleh pakaian yang terlalu ketat, tidur meniarap dengan menindih payudara, tekanan oleh jari ibu pada payudara atau kecederaan pada payudara.


Ibu yang mengalami saluran susu tersumbat mungkin akan memberitahu anda yang beliau merasa adanya ketulan (lump) pada payudara, kulit kelihatan merah dan rasa sakit pada ketulan tersebut. Ibu selalunya rasa sihat dan tiada demam


Ibu yang mengalami radang payudara akan mengadu beberapa atau juga kesemua gejala-gejala berikut :--

- Sakit dan kemerahan pada kawasan tersebut

- Demam dan kesejukan

- Letih, rasa loya atau sakit kepala


Gejala radang payudara tanpa jangkitan dan radang dengan jangkitan adalah sama.

Pengendalian Saluran Susu Tersumbat Atau Radang Payu Dara

Penilaian :

Aspek yang penting dalam rawatan ialah memperbaiki pengaliran susu dari bahagian payudara yang terlibat
cari punca yang menyebabkan pengaliran susu yang tidak lancar dan perbetulkannya.

- Perhatikan penyusuan ibu. Lihat samada jari ibu menekan pada bahagian tertentu payudara yang menyekat pengaliran susu.

- Jika payudara terlalu besar, cadangkan pada ibu untuk mengangkat atau mengampu payudaranya semasa menyusu agar pengaliran susu lancar di bahagian bawah payudara.

- Nilai kekerapan penyusuan

- Periksa jika ada tekanan disebabkan pakaian yang ketat terutama pada waktu malam atau kecederaan pada payudara.


Rawatan

 Terangkan kepada ibu bahawa ibu MESTI Mengeluarkan susu dengan lebih kerap

o Cara yang terbaik ialah dengan meneruskan penyusuan dengan kerap

 Pastikan bayi melekap dengan betul

 memberi bayi menyusu pada payudara yang terlibat (jika tidak terlalu sakit) terlebih dahulu supaya dapat membantu melancarkan pengaliran susu dari saluran yang tersumbat

Bantu pengaliran susu ibu dengan :

- Melakukan urutan lembut di bahagian yang tersumbat ke arah puting sebelum dan sewaktu bayi menyusu

- Letakkan tuala suam dan lembap sebelum menyusu

 Periksa pakaian ibu terutama coli dan pastikan tidak ketat


 Ibu perlu berehat bersama bayi supaya bayi dapat menyusu dengan kerap.

 Ibu juga perlu minum air dengan mencukupi.

 Ibu yang bekerja digalakkan mengambil cuti sakit jika boleh.

 Rehatkan ibu, bukan payudara

o Lakukan pemerahan susu ibu jika bayi tidak mahu menyusu dengan kerap. Jika susu tidak dikeluarkan ketulan akan menjadi lebih sakit dan boleh menyebabkan ia bernanah


 Rawatan ubatan

- Ubat anti keradangan untuk mengurangkan gejala radang payudara contohnya Ibuprofen jika ada atau ubat analgesik ringan contohnya paracetamol.

- Antibiotik diberikan jika :

- Ibu mengalami demam selama 24 jam atau lebih

- Terdapatnya kemungkinan jangkitan contohnya pada puting yang merekah

- Gejala pada ibu tidak berkurangan dalam masa 24 jam walaupun pengaliran susu ibu telah berjalan lancar

- Keadaan ibu semakin teruk.