Monday 23 September 2013

INFO: TANDA-TANDA BAYI TIDAK CUKUP SUSU

*            INFO: TANDA-TANDA BAYI TIDAK CUKUP SUSU
- Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
- Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
- Bayi anda meragam atau sering letih.-... Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul). - Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam. Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap
lima hari atau lebih selepas kelahiran.
- Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
- Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu. Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
- bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar.
- penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkandan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.
Info dari : Babycenter
Oleh itu ibu-ibu yang menyusukan anak pastikan anda tahu sama ada anak anda mendapat susu yang secukupnya atau tidak..



0 comments:

Post a Comment