1) MASALAH PENGHADAMAN
Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan
vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna
atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besra
dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim
penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan
penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
2)
KOPI, TEH PANAS &
REMPAH
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan
terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau
keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya
rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi
kurang.
3)
ALKOHOL
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan
kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses
penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak
menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine,
niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink,
magnesium dan juga kalsium.
4)
MEROKOK
Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran
penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga
penting dalam fungsi sistem imun.
5)
JULAP / UBAT SEMBELIT /
UBAT KURUS
Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan
kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan
lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti
Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan
kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
6)
MAKANAN TERLEBIH MASAK
Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan
sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
7)
MAKANAN DIPROSES (DALAM
TIN)
Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan
jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau
hilang sama sekali.
8)
MAKANAN SEGERA
Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula
dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses
makanan tersebut.
9)ANTIBIOTIK
Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan
kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria
baik dalam perut dan usus.
10)ALAHAN MAKANAN
Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh
mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine,
riboflavin dan kalsium
11)KEHILANGAN NUTRIEN TANAMAN
Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan
buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
12)KEMALANGAN DAN PENYAKIT
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan
mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan
nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
13)TEKANAN ATAU STRESS
Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan
keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
14)SINDROM PRA HAID
Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita
yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan
pengambilan suplemen Vitamin B6.
15)REMAJA
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan
biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan
memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
16)WANITA HAMIL
Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi
memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
17)PIL PERANCANG
Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik
dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga
riboflavin.
18)WARGA EMAS
Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan
vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan
0 comments:
Post a Comment